Awas Plumbum dalam Gincu





Korang pernah dengar x tentang gincu beracun..?
Hah..! Ni aku jmpe kat laman sesawang atau lebih elok sikit dipanggil Laman Web dimana
menerangkan cara-cara nak mengetahui bahawa gincu kita menpunyai plumbum ataupun tidak.
So article ni aku tujukan khas untuk kaum perempuan, He5.. Coz aku x pakai lipstik ni..


Sekitar 2 tahun lalu pernak dengar x tentang lipstik beracun. Apabila seseorang memakainya
maka bibir akan menjadi kering dan keras kemudian menjadi kebiru-biruan. Rupa-rupanya inilah
yang menyebabkan adanya plumbum didalam nya...


Nak tahu macam mana kita nak mengenalpastikannya..? Ini Myroy akan bgtahu. Mula-mula
sapu lipstik tu di atas tapak tangan kemudian gosokkan dengan cincin emas. Kehadiran plumbum mununjukkan tanda positivenya apabila terdapat tanda hitam pada cincin emas yang digosokkan tadi. Jika terdapat, ini bermakna lipstik itu berbahaya untuk kita kerana mempunyai
kandungan plumbum.


Contoh didalam gambar ini menunjukkan tiada plumbum.

Nilai Cinta





APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu?


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Khasiat Budu

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Illuminati Pada Duit Seringgit(RM1.00)!

Al-Kisah,



Mungkin kebanyakkan anda tidak tahu simbol-simbol yang tersirat pada duit seriggit(RM1.00). Kenapa mesti 'Mereka' letakan simbol Illuminati pada wang kertas seringgit kita, sedangkan Malaysia ini negara Islam?

Anda juga boleh cuba melakukannya dengan menyuluhkan wang kertas itu pada lampu dan anda lihat pada mata kanan Gabenor itu.



Cuba anda lihat pada gambar yang saya tangkap di bawah ini:




P/S: Gambar-gambar yang saya tangkapkan ini tidak beberapa jelas .Jadi, anda boleh melakukannya untuk lihat dengan mata anda sendiri!

teknik Mengorat Edisi Betul2

Di suatu petang yang hening, semasa anda sedang berjalan-jalan melayan jiwa sunyi sepi di The Curve, tiba-tiba anda ternampak seorang awek yang tersangatlah comelnya. Selaku seorang lelaki single, jantung anda terus berdenyut kencang. Kecantikkan, kecomelan, keayuan, kesopanan dan ketatasuliaan gadis itu memang benar-benar mencabar naluri jantan romeo anda.

Tapi macam mana nak tebalkan muka dan pergi mengorat si dia yang sedang keseorangan tue? Takkan nak main hentam kromo je kan? Jadi meh kami sharekan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk anda memulakan langkah pertama mengorat awek-awek di shopping kompleks.

1. Tinggikan keyakinan diri dan terus cakap nak berkenalan

Ada kisah benar di sebalik teknik ini. Setahun yang lepas, saya telah ternampak seorang awek yang sekali tengok rasa nak tengok 100 kali lagi di Midvalley. Serius awek tue tersangat comel dan cute. Hampir 40 minit jugak saya stalk dia membelek-belek kad birthday sambil membina keyakinan diri untuk terus menegur si awek. Akhirnya selepas dia membayar kad tersebut di kaunter, terus dengan selamba badaknya saya telah pergi dan berkata:-

Hi, boleh saya berkenalan dengan awak

Dan jawapan yang diterima daripada si awek:-

Tak boleh

Jawapan yang pendek dan padat. Tapi at least saya telah mencuba daripada tak buat apa-apa kan? Kalau anda muka lebih hensem dari diri ini, saya pasti anda akan terima jawapan yang lain dari apa yang saya terima ketika itu. Belum cuba belum tau kan?

2. Offer tiket wayang free kepada si awek

Teknik ini hanya applicable jika anda berada di kawasan panggung wayang sahaja. Katakanlah anda ternampak seorang awek sedang beratur panjang membeli tiket dan anda pulak sudah berada di kaunter. Beli terus 2 keping tiket. Kalau boleh couple seat terus. Kemudian tebalkan diri anda dan pergi bertanya kepada si awek. Mungkin ayat di bawah boleh digunakan:-

Hi. Saya ada satu tiket lebih nie. Kawan saya yang janji nak tengok wayang dengan saya sekali tak jadi datang pulak. Disebabkan pembaziran itu amalan syaitan, boleh tak kalau awak temankan saya tengok wayang nie?

Sila pastikan yang si awek tue betul-betul seorang diri sebelum anda mencuba teknik ini. Kalau tak mau kena pelangkung dengan pakwe dia pulak.

3. Bayarkan makanan yang dimakan oleh si awek

Teknik ini memang selalu diguna pakai oleh lelaki-lelaki terutamanya student universiti. Tapi risikonya agak tinggi sebab kalau si awek tue jenis melantak, parah gak la duit anda nanti. Peratusan untuk berjaya jugak agak kurang kerana mungkin si awek akan berlalu pergi begitu sahaja selepas mengetahui makanannya telah dibayar. Jadi pastikan anda tinggalkan nombor telefon anda di kaunter dan mintak tolong cashier tue paskan kepada si awek. Mana tau nasib anda baik dan si awek akan sms anda untuk mengucapkan terima kasih. Dari situ bolehlah mula mengatur strategi yang seterusnya.

Hari ini saya bagi 3 je dulu teknik mengorat awek di shopping kompleks. Pastikan anda semua applikasikan teknik ini di kala lawatan anda ke shopping kompleks nanti. Kalau berjaya jangan lupa bagitau kat sini. Kalau kena flying kick ngan si awek pun jangan lupa bagitau kat sini. All the best ~~~

Ayat Cinta dari Korea

Jangan cuba tipu saya dengan menyatakan yang anda tak pernah tengok drama Korea. Saya tahu yang anda adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Saya faham jiwa anda memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata anda akan bengkak menangis.

Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta mereka sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau anda menggunakan ayat jiwang Korea kepada awek anda semasa bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie.

Jadi disebabkan saya pernah belajar di Korea, izinkan saya berkongsi 5 ayat jiwang Korea yang mampu membuatkan hati para Chikaro cair seperti iceberg di Kutub Utara. Siap ada dengan situasi dia sekali:-

Situasi 1

Tangan anda memegang si chikaro dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-

Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.

Situasi 2

Usapkan tangan anda ke wajah si chikaro. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-

Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..

Situasi 3

Semasa si chikaro ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.

Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.

Situasi 4

Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awek anda.

Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya.

Situasi 5

Si chikaro yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.

Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?

Saya tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si chikaro anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.

Kasihan Dia kena cukur





Notebook Mac Murah Di Pasaran - RM500 Sahaja!

Ada sebuah Notebook MacBook model terbaru yang nak dijual dengan harga yang amat murah. RM500 sahaja... BRAND NEW!

Jangan risau, MacBook ni bukan curi punya yeeee... Untuk melihat spesifikasi, klik "Baca Seterusnya..."

Spec:

* 3.2 GHz Intel Core 2 Duo
* 2GB DDR3 memory
* 320GB hard drive
* 80x double-layer SuperDrive
* NVIDIA GeForce 512mb graphics
* Built-in 13-hour battery2
* Polistren unibody enclosure

* Ships: Within 24hrs
* Free Shipping
* RM 500.00

Ini gambar MacBook tersebut...








Huhuhuhuhu, jangan marah... saya pun terkenaaa :D

Hari Valentime

Hari Santo Valentine, biasanya disingkat menjadi Hari Valentine,adalah peringatan tahunan yang diadakan pada tarikh 14 Februari merayakan cinta dan kasih sayang antara sahabat intim. hari ini dinamakan selepas satu atau lebih awal christian martir bernama Valentine dan diasaskan oleh Paus Gelasius I pada tahun 500 Masihi. Hal ini telah dibuang dari kalendar Rom orang-orang kudus pada tahun 1969 oleh Paus Paulus VI, tetapi ketaatan keagamaan yang masih dibenarkan. Ini adalah tradisional hari di mana pecinta mengungkapkan cinta mereka satu sama lain dengan menghadirkan bunga, menawarkan kembang gula, dan menghantar kad ucapan (dikenali sebagai "valentines"). Hari pertama menjadi berkaitan dengan cinta romantis dalam lingkaran Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan, ketika tradisi sopan cinta berkembang.

Hari simbol moden Valentine merangkumi garis besar berbentuk hati, merpati, dan sosok dari Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, valentine tulisan tangan memiliki cara tertentu untuk kad ucapan yang dihasilkan.

Valentines of the mid-19th and early 20th centuries

Postcards, "pop-ups", and mechanical Valentines, circa 1900–1930

Children's Valentines

NEWS!! about our islam..





> POKEMON bermaksud saya yahudi,>> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi....>> CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah nauzubilla..h)....>>> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2.>>> smua org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die> macam ni:> anamuslim_cute_97@yahoo.com> die cuba nak murtadkan org Islam.> tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!!(kalau rase sayang ngan org> Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) jngan smbong n> bongkak..skrng korng gembra larh. tnggu balasan dkat kubur ....Messages From,Yusliana Yusof...



Cube Pilih





Cuba korang pilih..
gambar mana yang sesuai jadi komik.
dan if bley tolong bagi sebab napa kowng kte bez @ x bez.


.