Tutorial Hilangkan Virus Di Facebook Chat

Rasanya sejak kebelakangan ni, ramai yang mengeluh bila sebahagian rakan-rakan kita di Facebook secara tidak sengaja menyebarkan virus-virus melalui Facebook chat.
Malah, ada juga yang terkena dan klik link yang diberikan.
Maka, merebaklah virus-virus berkenaan kepada orang-orang lain.
Dah macam MLM pulak dah, cari downline nak sebar-sebar virus.

Ramai yang mengeluh, malah ada juga yang maki-maki.
Tahukah anda, ada 1 cara berkesan untuk menghindari virus-virus berkenaan?

Caranya cukup mudah:

1) Klik di ruangan Facebook Chat anda

2) Pilik setting 'Go offline'

3) Ya...anda sudah offline di Facebook Chat.

Jadi, bila anda sudah offline Facebook chat anda, maka rakan-rakan anda tidak mempunyai peluang untuk menyebarkan lagi virus-virus tersebut kepada anda.
Amacam? Semudah ABC bukan?
Ala, bukan korang selalu pakai pun Facebook Chat tu kan?


Haha...aku rasa ni lah tutorial paling sengal yang pernah aku buat.
Ala, tapi menjadi jugak kan?
Untuk Facebook Chat jela..Kalau virus dekat inbox, atau wall, tu lain cerita pula ya.



p/s: Amacam? Ada yang dah praktikkan tutorial ni? Haha

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir

Note : Lepas baca, share pada kwn2 k.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

credit : jeming hasan (http://www.facebook.com/notes/jeming-hasan/tsunami-di-jepun-bukti-kiamat-semakin-hampir/10150120762093350)

Di petik dari : By: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)

Adakah Aku Pelat Semasa Kecil...?









Ok... Kali ini aku nak bercakao pasal PELAT. Korang tahu tak apa itu pelat?
Ok meh aku terangkan sekejap biar korang tahu apa tu pelat.
Oppss... panjang sangat artikel dia. Nah klik aje kat sini.
Ni aje link yang aku jumpe, jgn cakap blog aku ni blog politik plak. He5...

Cute x aku..? Aku tau mmg cute pun, x yah puji pun dah tau...
Cik mama pernah bagitahu kat aku, dalam banyak2 family aku, akulah yang paling pelat skali dan yang paling smart skali. (Yang last tu cik mama x cakap pun)...:)
Suatu ketika dulu Cik mama terkejut coz aku cakap...
"Ma miru nak mati"

Mak n ayah aku terkejut beruk bila aku cakap macam tu kat diaorang.
Cek punya cek, selidik punya selidik. Rupa-rupanya aku cakap.
"Ma miru nak mandi"

Ha5... Pelat punyer pasal sampai jauh giler ayat lari mandi=mati.
Seterusnya pulak apabila aku ternampak bulldozer..
Xkenal ke? Adoi... hah ni gambar dia.
Aku jerit camni biler jumpe menatang ni... "Maa nak oik JAJA..!!"
ha5... Mujur gak masa tu mak aku faham, if tak mesti dia fikir sal menatang tu..
Alaa.. yang mengeluarkan bunyi OINK2.!!
Aku nak upload gambar dia, tapi haram plak blog aku nanti. Kena samak plak.

Lagi satu, bila ayah aku baru beli kereta kancil warna silver, atau lebih dikenali sebagai METALLIC... Ntah ye tak eja dia aku pun x tahu sangat.
So bila pergi kat Tadika cikgu aku nak ajar subjek matematik, dia gak suh pelajar ulang banyak kali. Lebih kurang macam ni la. "Hari ni kita belajar subjek apa murid2..?" tanya cikgu. "Matematik!!" jawab pelajar ramai2 kecuali aku.
Bukan apa, aku rasa cam budak kecik je main jawab macam tu. (x sedar diri)
So bila cikgu nampak dia suh aku berdiri sambil tanya, "Hari ini kita belajar apa?"
"METALLIC!!" jawab aku dengan penuh konfiden...
So hari aku jadi macam nilah... :)

Ragam Perempuan


Okey, kali ni kita tgk aksi perempuan apabila dia berjumpa sesuatu yang mungkin kita tidak perasan jika dilihat dgn mata kasar kita. Jap!! Maksud aku bukan "aksi" tu ye... He5... :)



Perempuan aku rasa dia memang pantang if jumpe barang2 yang ada dalam list ni aku rasa.
Tapi memang betul kot.. Coz dari segi pengalaman dan pemerhatian (sewah..)

1) WEB CAM
-Ha5... asalnya, aku dapat idea ni apabila aku membaiki laptop kawan baik aku (pompuan). Asalnya niat aku nak selongkar harta2 yang ada dalam laptop dia, bukan apa takut ada movie bez ke A.V. ke.. Opps.. Hehehe...
Tetapi niat aku terbantut, mungkin mendapat "petunjuk" kot. Aku buka, then...
YA ALLAH!!!! Menakutkan..!! Ok... maksud aku bukan gambar yang bukan2 aku jumpe. Dia baik, aku tahu dia x buat benda2 camtu. Tapi gambar yang aku jumpa lebih kurang macam nilah

GAYA DENGAN HEADPHONE YG MENONJOL ALA2 KASUT SUPRA




MENUNJUKKAN BIBIR YG _____. He5...

No komen...



2) SALE DI SHOPPING MALL
-Ok yang ni akan terdengar jeritan2 akibat melihat iklan2 sale ni...
Yang ni lelaki pun ada, tp dalam post ni aku nak cakap sal perempuan dulu.

Adegan2 macam ni mesti korang biasa tengok kan...?

3)ALAT MAKE UP
-Ok. skang benda ni plak. Xkan kowg x tau kan? he5...
Gincu 1 set, eye shadow 1 set, bla..bla...




Ok... Cukup laa... Aku xde mood sgt actually nak update blog ni, tp coz kawan aku yg bg idea ni, RIDHWAN. So lepas ni ada yang version lelaki plak. So harap kepada pompuan jgn ah berasa hati. This artikel utk suka2 jer.. ok..? PEACE!!

Aku kena tampar...(apa salah ku?)










Cerita ni bermula semasa akhir bulan Disember lepas iaitu apabila aku berjalan-jalan dengan Pak Sedara aku di KL. Aku dah merancang pergi pada masa itu coz di disana ada pameran KLIMS (Kuala Lumpur International Motor Show).


Pada tahun 2010 Malaysia berjaya menganjurkan pameran yang berprestij ini. Aku yakin ramai orang dari dalam dan luar negara datang untuk menyaksikan sendiri pameran ini yang semestinya dijangkan mendapat sambutan ramai. Aku bertolak kat sana lepas selesai sahaja solat Zuhur. Aku pegi awal coz memang jalan sana jem sempena dengan sambutan ni. Dah memang lumrah di KL if nak pergi ke sesuatu tempat kita hendaklah pegi awal agar tempat yang dituju dapat sampai pada waktu yang ditetapkan. Ketika masuk disana aku dikenakan bayaran sebanyak Rm30(mahalnyer) tapi tak apalah asalkan aku boleh melihat awek-awek jepun yang sedang mempromosikan model-model kereta keluaran baru.


Aku of coz memang dari dulu lagi memang minat giler kat aweks2 jepun ni especially pelakon drama cerita Stand Up dimana heroinnya adalah Maria Ozawa eh silap orang lain lah bukan dia. Dia belakon cerita lain. Apabila masuk sahaja dalam sana aku terus terbeliak biji mata coz memang pemandangan ini tidak dapat disaksikan di Kemaman n dah memang rezeki aku dapat melihat benda-benda seksi macam ni. Aku rasa macam nak pegang jer!! Eeee!!! geram tol aku. Bukan setakat jepun jer aku dapat tengok tetapi korea, melaysia dan macam-macam lagi. Tetapi ada satu site dimana aku tidak dapat lagi menahan rasa ghairah aku maka aku minta izin dgn Pak sedara aku. Aku panggil dia zul.


"Zul, boleh x miru nak pergi dekat dengan 'both' sana?" tanya aku dengan penuh lemah gemalai.
Zul, "Booth mana?"
"Ala, yang kanan sana yang 'made ini itali' tu, yang seksi-seksi tu," balas aku.
"Woi, kau nak buat apa pergi sana! Mu jangan buat kerja giler mu!" marah zul.
"Miru tak tahan dah ni, nak pegang sket jer... X kira miru nak pergi jugak!!"
PANG!!!!! Satu tamparan wanita hinggap tepat di muka aku.
"Kau jangan jadi bagai rama-rama masuk kampung!! Ni pameran kereta bukan nak menggatal!! Tidak ada adat ketimuran langsung!!" kata Zul.
Aku begitu sedih coz hari tu aku kena tampar dan tidak sempat untuk untuk melawat lebih lagi kat KLIMS ni coz lepas peristiwa ni kitaowg terus balik. Aku actually tidak faham kenapa dengan hanya ingin memegang but kereta Ferrari Enzo pun tidak boleh dan siap kena tampar lagi. Aku juga tidak sempat berjumpa dengan "model-model" yang seksi dari negara jepun seperti GTR, Sorento, Skyline, Evo X dan lain-lain. Ferrari, Lamborghini, Bugati, Aston Martin memang merupakan benda yang paling seksi dalam kalangan aku, Faiz dan Luqman.


yang ni SLR MCLAREN yang seksi mata memandang




Ni pulak Sorento yang "Kacak"




Evo IX yang membuatkan aku tidak tahan melihatnya.

HANYA REKAAN SEMATA-MATA.

Maksiat Depan Mata





Pada minggu lepas aku dan family aku pulang ke kampung nenek aku kat Kelantan. Kampung nenek aku tu terletak agak jauh di pedalaman.(dalam giler bro) Apabila aku sampai sana aku rehat sekejap coz aku mmg letih giler, perjalanan 6jam. if pergi kat KL pun maksimum 3 jam jer. Aku malam tu tido awal coz esok kazen (sepupu) aku ajak pergi memancing kat Sungai ****** (hehehe x tau nama). Esoknyer aku pergi ah kat sungai sana dengan berbekalkan joran dan mata kail berserta umpan cacing. Dengan penuh semangat waja maka aku pun pergi dengan sepupu aku ke sungai tersebut. Aku tengok air sungai kat sana begitu tenang dan bergelora sekali.

Aku berpecah coz masing2 nak cari port yang sesuai untuk memancing. Semasa aku tengah memasang umpan di mata joran aku tiba-tiba aku terdengar satu bunyi yang cukup ghairah di sebalik semak kira-kira 200 jengkal dari port aku. Aku pada mulanya aku berpegang teguh pada kata-kata 'jangan menjaga tepi kain orang' kerana mungkin ada pasangan suami isteri tengah syok bercinta kot. Tapi makin lama makin kuat bunyinyer dan perasaan ingin tahu ku begitu melonjak sekali. Aku pun pergilah ke tepi semak tersebut untuk mengetahui siapakah gerangan yang mengeluarkan bunyi tersebut. Sampai sahaja aku 6pak benda maksiat tengah dilakukan. Adoi, kus iman aku... Aku ingat nak tengok sekejap tapi oleh kerana aku baik so aku buat keputusan untuk laporkan kat sepupu aku. Aku cepat2 berlari ke arah sepupu aku dan menceritakan apa yang terjadi. Aku pergi tunjukkan apa yang aku nampak tadi dan aku memberitahu kepadanya agar melaporkan perkara ini kpd Pejabat Agama. Dlm sekelip mata dia telah pun memberi satu das tumbukan padu ke arah aku sambil berkata "Woi belalang mengawan pun nak lapor kat pejabat agama jgk ke..?!!"





About Your Mozilla Firefox




Hai..
Ni saya Afiq ingin memalumkan, jika anda menggunakan software web browser Mozilla Firefox dan meng'updatenya dalam masa terdekat ini maka ada akan perasan ada satu file pelik yang dijanlankan bersama dengan Firefox ini, iaitu Pligin-Container.exe.


Anda boleh melihat aktiviti ini akan dijalankan bersama dengan Firefox di task manager. Cara untuk melihatnya ialah dengan menekan butang 'ctrl' + 'alt' + 'del'. Maka anda anda akan dapati terdapat file ni yang "makan" kuasa ram anda dengan banyak. Maka ini akan mengurangkan prestasi web browser anda.


Jika anda mengaktifkannya ketika anda melayari web yang memerlukan flash player seperti You Tube, Game Facebook, dll, maka secara automatik proses flash di komputer anda akan dinyahaktifkan. Maka Firefox anda akan berhenti loading dan menberi mesej, "Your Web Browser has Stop Browsing because Your Flash has Crash".. (lebih kurang camni ah..)
Aku pun dah lupe...


Ok, hope korang dah dapat maklumat tentang korang punyer Firefox.



Credit: Mozilla Forum (click this)

Benda yang Meng'annoyingkan aku



Ok...
Sekarang ni aku nak cerita benda yang paling annoying dalam hidup aku.
Benda ni memang wajib berlaku at least satu hari dalam hidup aku....
Nak atahu apa benda..?
Hehehhe....



"Eh, miru beso doh mu leni.. Sebijik muka macam ayah... Gaya, muka, cara bla..bla.."


Itulah ayat dan denda yang paling annoyingkan aku.
Aku tau lah aku anak KAMAL KURSHID!! So takkan muka macam Arnold Schwarzenegger.


Eh! silap upload gambar..


Mestilah macam muka ayah aku, x logik tol ah fikiran orang2 zaman skung.. (cewah!!)

Benda lain plak bila seseorang tu datang jumpa aku so dia cakap

"Woi, KAMAL...!!"

Saat tu aku rasa macam tak nak menyaut (betul tak eja? aku lemah BM) je, tapi nanti orang
cakap aku tak sopan lah pulak. Jadi aku haruslah berlemah-gemalai dan mengiyakan jer apa yang orang cakap. Nanti tak hensemlah kalau aku buat2 tak nanpak.

Muka aku sebijik sangat ke macam ayah aku..? Aku rasa tak lah.. Cube tgk ni.
Ni gambar cik abah aku (smart tak?)


Ok, Yang ni pulak gambar aku. Wei aku serious ni..!! Tak percaya ke.?
He5... Actually yang satu agi adalah my real image.
Prince Amirul Afiq








Ok..
Yang ni lah gambar aku...
Ok, cube bagitahu kat aku area mana yang nampak serupa dengan ayah aku..?









Bila aku pergi jer kat memana mesti ada orang cakap, Ko anak Kamal kan?
Aku dah letih dah dengan soalan tu. Pernah aku ngadu kat cik mama aku dan aku
mintak beliau punyer suggestion. Tau apa dia bagitahu..?


"WAT BODO JER..."

p/s: Smart x aku..?

10 Solat Ditolak...




Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri dari medan perang.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Salinan Asal Tarikh Keputusan SPM


Clik, utk membesarkan image...