Iklan Ubat Kurus

AMIRUL AFIQ, 29 pelajar IPTS
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Mereka Yang Serius Ingin Menguruskan Badan!

Mahukah Anda saya tunjukkan bagaimana ingin menguruskan badan dengan cara yang Senang, tanpa perlu berlapar, tidak perlu senaman dan terbukti berkesan.Kini anda tidak perlu lagi menahan lapar, membuat senaman yang melampau dan mengambil pil pelangsing yang mempunyai kesan sampingan kerana kini Myroy Corporation™ mengeluarkan produk terbaru JUZ MATE-MATE®.

Ramai di antara kita yang mengalami masalah berat badan berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan pelbagai cara, tetapi mereka menemui kegagalan seperti saya sebelum ini.




Nama saya Amirul Afiq Bin Kamal Kurshid, Saya mengalami kenaikan berat badan setelah setelah saya gagal dlm ujian UPSR. Semasa dalam tempoh itu, berat badan saya naik mendadak sehingga 80 kg. Untuk menurunkan berat badan, saya telah mencuba pelbagai cara dan produk antaranya produk X diamana saya telah koma selama 3 hari selepas mencuba produk terbabit. Setiap hari saya selalu diejek kerana kawan saya selalu tidak dapat membezakan saya dengan tong drum. Pernah suatu ketika dahulu saya pernah bercinta then girlfriend saya, tidak sampai 3 hari dia mintak putus dengan hanya alasan, tidak mampu memasak untuk saya jika kami berkahwin suatu hari nanti. Ayah saya juga pernah berkata, " Miru jangan makan banyak sangat makanan, 6ti rakyat malaysia kebulur sebab x cukup nasi coz semua ko dah bantai". Hidup saya sangat sedih.


Saya telah menghabiskan beribu wang saya untuk membeli produk pelangsing serta mengikuti rawatan di pusat pelangsingan yang terkemuka. Saya terpaksa melalui pelbagai kaedah dan sesi rawatan, tetapi malangnya tiada perubahan.

Saya cuba pula mengamalkan diet iaitu tidak memakan nasi, tetapi pada sebelah malamnya perut saya terasa lapar yang amat sangat dan badan tidak bertenaga.Hasilnya, saya bukannya mengurangkan berat badan, tetapi menambah berat badan.

Saya cuba pula untuk melakukan senaman, iaitu dengan membeli mesin pemecah lemak di bilik saya tetapi akhirnya mesin tersebut jadi bahan pameran sahaja kerana faktor masa yang tidak mencukupi kerana terpaksa menyiapkan assignment Pre-calculus, Fizik dan lain-lain lagi. Akhirnya saya berasa sangat kecewa kerana setelah berusaha dengan pelbagai cara, tetapi tidak mendapat hasil yang di ingini.

Suatu hari saya diperkenalkan oleh kawan saya mengenai satu produk yang beliau gunakan iaitu JUZ MATE-MATE®. Setelah di desak berkali-kali akhirnya saya mencuba juga produk yang beliau syorkan.
Walaupun pada mulanya saya tidak yakin tetapi akhirnya saya berjaya melangsingkan badan saya.

HASILNYA



Gambar saya selepas mengalami berat badan yang melampau
.
29 Tahun
90kg



















KINI





Pertama kali saya berjaya memakai Baju Melayu setelah sekian lama mengidam.



















Rasa juga tidak perlu lagi berdiet dan menahan lapar kerana saya ada
JUZ MATE-MATE®.














Saya juga sudah mampu bermain tennis dan insyalallah tahun depan saya akan bertemu Rafie Nadal.















Sekarang juga saya berjaya menekel dah berkapel 10 orang serentak.











* Kesan Produk adalah berbeza bagi setiap individu.

Saya juga sangat teruja dengan hasil yang di perolehi kerana sebelum ini sangat bertungkus lumus untuk mengurangkan hanya 1 kg. Kini saya masih lagi ingin mengurangkan sehingga mencapai berat badan ideal saya iaitu 55kg.


Myroy Corporation got RM2.1b From Goverment



Aku baru sahaja masuk tutorial BI tiba2 aku dapat arahan agar present kat depan ala-ala macam dalam berita. Partner aku AMEER dah ada article untuk diaca tapi aku belum lagi so aku dengan rushnyer terus buat satu article berita pendek dan ini jer sempat aku tulis. Sorry ah if aku ada error coz ini lah hasil yang aku dapat setelah 10minit diberi masa sebelum present.




BUSINESS NEWS


RM 2.1b Goes to Myroy Corporation

Kuala Lumpur-Malaysia Goverment has agree to invest RM 2.1b to one of the famous company in Malaysia which is lead by 25 years old man as a Chief Executive Officer (CEO) of Myroy Corporatin. Myroy Corporation succeeed after being compete with large company such as Sime Darby, Chemical Company Malaysia (CCM), Mitsubishi Electric Corporation and many more.

Said CEO of Myroy Corporation, Dato' Dr. Amirul Afiq, "Our company takes many years to make study, R&D (Research and Developement) about biofuel and after 5years of hardwork we got invester from Malaysia Goverment and hopefully we can move further than Oil and Gas Company."



Dato' Dr. Amirul Afiq's snap picture before leaving conference room because rushing to New York.


















Our reporter only got 5 minutes to interview Dato' Dr. Amirul Afiq also known as Mr. Myroy all aver the world because he had to catch his private jet at Myroy Corporation Private Airport to have a meeting at New York. -REUTERS- from CNN








_____________________________________________________________

Hahhahah...
Aku dah buat yang terbaik, banyak spelling error dll dlm article tu. Tu jer aku mampu buat untuk 5 minit sebelum present kat depan sebagai pembaca berita CNN. Aku tak tahu teruk ke, x teruk ke. Papepun thanks coz baca, doakan aku. Hehheheeh....



Aku kan MR. KUAT BERANGAN...~






-MR. KUAT BERANGAN-

Lembaga Hitam di Universiti






So hari ini dah jumaat, esok dah start cuti midsem. Aku masih lagi tidak besiap walaupun esok akan bermulanya cuti midsem. Tiba-tiba aku teringat yang Brader Aiman iaitu senior aku kat UTP, beritahu yang dia nak ke bandar. Aku cepat-cepat mengambil handphone aku coz nak suruh belikan aku tiket bas.



AKU: Hello Aiman, ko comel kan?
AIMAN: Ko suruh aku buat apa bodek-bodek aku nie?
AKU: Hehehehe... tolong beli tiket balik ke Kemaman jap, plez... Ko lah senior paling Comel aku pernah jumpe.
AIMAN: Yela2, aku dah pergi td, tp dia cakap tiket ke kemaman dah abis. Tiket ke Kedah ada ah. Ko nak x?
AKU: Tiket ke kedah nak buat pe? Adoi...! Tak baiklah perli adik junior yang smart nie...
AIMAN: Tuuuut...... (ganggang telefon teputus)


Aku dengan perasaan yang kecewa terus nangis. (Eh silap taip... Budak cool mana nangis) Then aku terus tertido sampai keesokan paginya. Perkara pertama aku bangun pagi mestilah pergi ke tandas gosok gigi. Then masa otw pergi ke tandas aku terdengar makcik
cleaner mengumpat aku.
"Eh Jah, kau tengok budak tu kenapa mata dia merah? Baru lepas menangis ke?"
Arghhhh!!!! Kot ye pun nak mengumpat jangan sampai aku dengar.!!



Ok cukup cerita tentang tu. Hari ini dah bermulanya cuti, so ramai kawan-kawan aku yang pulang ke rumah masing-masing. Aku nak balik, tapi maklumlah salah aku jugak selalu buat sesuatu perkara saat-saat akhir. Orang lain seminggu lagi nak start cuti dah beli tiket, tapi aku... Esok start cuti mlm tu baru terkial-kial nak beli tiket. Pada hari tu merupakan hari yang paling bosan dalam hidup aku. Tetapi
mujur lah masa berlalu agak pantas. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.45mlm. Apabila ternampak laptopku terdampar diatas katil, nafsu ku bergelora dan membuak-buak untuk bermain game yang aku ambil dari kawan aku minggu lepas. Call of Duty: Modern
Warefare III dimana game akan menjadi tempat aku melempiaskan nafsu serakah aku untuk bermain game.




Punyalah syok main tup...tup.. dah pukul 2pagi? Adoi cepat gila masa berjalan. So masa untuk tido dah sampai. Sebelum tidur aku selalu ingat pesanan mak aku, "Miru sebelum tidur tu basuh kaki dulu, 6ti mengigau.." Oleh kerana aku nie anak Saleh (eh silap, soleh
laa) so aku ikut cakap mak aku.




Aku keluar dari bilik then aku perhati suasana sekitar. Pergh!! Dingin giler wa cakap sama lu.

Sampai tulang sum-sum aku rasa sejuknya. Bilik aku nie terletak jauh sket dari tandas so aku terpakse jalan kira-kira 10meter if nak ke tandas.


Hampir semua bilik kat blok aku dah terkunci dari luar mean orang balik kampung. So memang sunyi giler ah.. Tiba-tiba aku punya bulu roma meremang, aku rasa seperti sesuatu benda nak datang kat aku. Aku terbau sesuatu yang sangat tidak menyenangkan. Aku hampir jugak panik, tapi aku pakse agar cool. Then setelah sampai kat tandas aku ternampak pintu tertutup tetapi kelibat manusia x nampak. Naluri aku memberitahu agar aku menyasat apa yang ada dalam toilet tu. Aku dengan perlahan bergerak kearah tersebut. Aku mengumpul sepenuh tenaga aku pada tangan kanan aku supaya dapat membuka pintu tersebut. Bang..!! pintu tadi terbuka luas.






BANGKAI!!! Aku ternampak "Lembaga Hitam" terdampar kat mangkuk tandas. Bodoh betul!! Beruk mana lupa nak flush nie..!!

(sekadar gambar hiasan)

Patut la dari tadi aku terbau pelik jer. Kot ye pun nak cepat, flush la dulu....~