Gaya Aku Berpuasa 10tahun dahulu














Assalamualaikum, (alim tak)

Sekarang musim semua orang berpuasa telah pun tiba atau lebih tepat lagi di panggil bulan Ramadhan. Tahun ini adalah tahun pertama aku berpuasa berjauhan dengan keluarga aku. Oleh kerana aku sedang belajar, so disini aku dengan roomate aku harus survive pada bulan puasa ini, lebih-lebih lagi apabila kitaorang terpaksa bangun tiap-tiap hari pada pukul 7pagi untuk sarapan. Ehh... kantoi...~ Maksud aku sahur iaitu pada pukul 5pagi. Bulan puasa ini aktiviti aku agak terhad, jika selalaunya petang-petang kat UTP mybe aku main tennis, pergi pool, jogging xpun mybe aku pergi main kayak. Tapi jika aku still truskan semua aktiviti aku tu memang x larat giler ah. Especially main kayak. Cube bayangkan aku tengah main kayak dengan gembiranya pada pukul 6 petang ditengah-tengah tasik, aku dengan kawan aku pulak stailnya if main kayak x basah lencuh memang x sah punyer. Kitaowg jugak suke main macam kereta langgar, kayuh laju-laju then langgar. Lagi sekali aku nak kauorang bayangkan jika aku terbalik then jatuh dalam tasik tu? x ke batal puasa aku... SO aktiviti aku skang banyak lepak dalam bilik jer.Kalau bersukan pun mybe malam kot. Main futsal sampai kul 2-3pagi time-time weekend.

Ok, aku dah banyak melalut nie. Post kali nie aku nak story pasal gaya aku berpuasa ketika kecil. Aku pun dah lupa bila aku start blaja puasa, tetapi yg pasti semasa aku 4tahun dah blaja dah sikit-sikit kot. Semasa aku puasa time-time camnie memang HEAVEN wa cakap lu. Sebab apa? hehehe...


1)Aku kan still blaja puasa so semasa nak berbuka tu ayah aku akan ajak aku pergi bazar. Then masa kat sana memang aku cakap jer kat ayah aku nak makan apa, memang ayah aku akan carikan untuk aku. Dari A sampai Z semua aku dapat, Ayam percik, Ikan bakar, Pengguin masak 3 rasa, dan banyaklah lagi, if nak tulis, sampai 3jam pun x siap lagi entry aku nie. Tapi sedihnya bila waktu berbuka aku kena habiskan semua tu, tak larat beb.


2) Aku kan still kecil, tidak dewasa orang cakap memang x baligh agi tambahan pula x matang plak tu lagi, Padahal semua tu benda yang sama jer. Aku nie bila puasa aku memang rasa lapar giler dan aku pulak minat cokelat(chocolate). So sempena berbuka 6ti ayah aku belikan aku sugus (xsilap ah coz dah lupa). Aku dengan adik aku nie memang selalu berebut ah dalam setiap benda. Sampai aku rasa aku nak makan sugus je semasa berbuka coz xnak kongsi dengan adik aku. Oleh kerana ketamakan menguasai diri aku, so untuk tidak mahu berkongsi dengan adik aku. Aku mnyusun strategi. Tau x apa strategi aku? hehehehe... Lepas je ayah aku beli, aku terus makan, so bijak x strategi aku masa umur 4@5tahun tu? :)

3) Cerita ketiga aku pulak ialah apabila aku tersangat letih. Jam waktu tu dah menunjukkan pukul 6petang. Kat tempat aku berbuka pada pukul 6.55petang jer so ada lagi 55minit sebelum berbuka. Aku memang tak larat dan tak ada tenaga langsung untuk berbuka 6ti. Aku rasa nak tido sangat-sangat, letih punyer hal. Oleh kerana nak kembalikan tenaga aku, aku jamah dulu makanan dalam peti sejuk, bukan apa niat aku juz nak kembalikan tenaga untuk berbuka nanti jer... Hahahhaa....





4)Bila bulan puasa datang je En. Abah mesti akan annouce. Sesiapa puasa 1 hari dapat RM1, jadi if puasa penuh a.k.a 30 hari maka duit raya akan dapat RM30. Pergh..!! Umur 10tahun dapat duit raya banyak tu memang happy giler ah.. Lepas jer En. Abah bagitahu aku dengan adik aku saling bersaing. Tp pada mula-mula jelah sengit last-last lepas tinggal then tinggal. Last-last time raya result nye aku kalah dengan adik aku. Aku berjaya puasa 25 hari jer kot adik aku 27 rasa. So memang tak adil ah bagi aku.. Budak darjah 5 kalah dengan budak pompuan umur 8tahun bagi aku memang xde pape. Sikit pun aku tak kisah orang nak cakap apa kat aku.. Hehheeh...






So setakat ini jer kot entry aku, nak tulis banyak-banyak tak ada masa coz minggu depan (7-13/8/2011) memang banyak giler test aku dari A-Z. So harap korang doakanlah aku agar berjaya. dapat 3.5 keatas pun jadilah. Aku nak kejar scholar x kisah apa , asal ada scholar lekat kat aku.




Aku gigit ekor kucing

Cuba cari mana aku? klu: X suke ikut arahan