Proton Artiga

WarkahDaily – Ketika ramai memandang kepada jentera hebat dari luar, Proton telah mencuri tumpuan para peminat kereta berkonsep sporty apabila menyertai pameran Tokyo Auto Salon 2012 yang berlangsung pada 13, 14 & 15 Januari 2012 di Jepun dengan bersandarkan jentera barunya, Proton Artiga Concept yang tampak lebih sporty dan garang.

Artiga dipasang dengan enjin 1.6 liter DOHC 16V Supercharged tampak lebih bertenaga dan berkuasa di jalan raya dan sesuai dengan gaya penampilan lebih muda dan ranggi.






 Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo. Di bawah ini ada video mengenai Proton Artiga ini dari laman youtube.

LINK


0 comments: